Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

SEMASA: Gejala Vandalisme di Pangsa Desa Mewah




08.02.2014 / Sabtu / 3.00pm: AJK PPPDM amat merasa kecewa dan malu akan sikap penduduk disini yang masih lagi bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak keperihatinan terhadap kawasan keliling kita.

Seperti yang telah diutarakan jika ada sebarang pendapat, aduan dan cadangan bolehlah disuratkan ke dalam peti cadangan yang telah disediakan di sebelah papan kenyataan depan di tingkat bawah. KLIK SINI

Pihak Persatuan menyeru agar kita penduduk disini haruslah saling memupuk sikap hormat menghormati, sikap bertanggungjawab, sikap bermasyarakat dan sikap saling bantu membantu kerana kita hidup dalam pelbagai kaum disini. Hiduplah dalam perpaduan. Ini adalah kerana kita dibawah satu bumbung dan kita adalah satu keluarga besar.



"BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH"


Sunday, February 09, 2014

SEMASA: Kebakaran Hutan!

31.01.2014 / Jumaat / 12.30pm: Berlaku kebakaran hutan di belakang Pangsa Desa Mewah berpunca daripada pembakaran sampah yang dilakukan oleh penduduk di sini.

Seperti yang telah diingatkan beberapa kali oleh pihak persatuan, dilarang melakukan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan semak dan hutan, namun masih ada penduduk yang berdegil. Natijahnya, berlaku kebakaran yang tidak boleh dikawal.

Sebelum ketibaan Bomba





Proses pemadaman api kebakaran









Selepas Pemadaman api kebakaran 








kawasan punca utama berlaku kebakaran







TERIMA KASIH  kepada pihak Bomba Semenyih kerana melakukan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan cepat.

kepada penduduk, jadikan kebakaran ini sebagai pengajaran kepada kita semua. Bertanggugjawablah dengan apa yang anda lakukan dan ambil berat sesama kita.


"RUMAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"

Followers