Showing posts with label Memo Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Memo Peringatan. Show all posts
Sunday, March 02, 2014
Sunday, February 23, 2014
MEMO: Aktiviti Gotong-Royong Kali Ke-2
AKTIVITI GOTONG-ROYONG KALI KE-2
MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH PANGSA DESA MEWAH
Ajk Jawatankuasa
Penduduk Pangsa Desa Mewah mengalu-alukan kehadiran semua pemilik dan penyewa
Pangsa Desa Mewah untuk bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong kali
ke-2 bagi membersih dan mengindahkan persekitaran kawasan Pangsa Desa Mewah
pada tahun ini, seperti berikut:
Tarikh : 23-Mac-2014 (Ahad)
Masa: 8:30
Pagi
Aktiviti:
·
Gotong-royong
·
Makan tengahhari
Semoga dengan
kehadiran Tuan/Puan sekeluarga akan dapat mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan di kalangan penduduk Pangsa Desa Mewah dan sama-sama mendapat
manfaat.
Sehubungan dengan
ini, pihak kami juga ingin mendapatkan kerjasama dari pihak tuan/puan untuk
menghulurkan sumbangan minimum sebanyak
RM 10.00 setiap unit rumah. Sumbangan ini adalah di perlukan untuk
membiayai kos makan tengahari serta peralatan gotong-royong. Pihak
ajk akan memulakan kutipan pada tarikh 23.02.2014 hingga ke tarikh aktiviti
tersebut.
Sekiranya terdapat
lebihan wang sumbangan, wang tersebut akan di gunakan untuk aktiviti seterusnya
yang akan di rancang oleh pihak AJK Jawatankuasa Penduduk. Sebarang maklumat
akan kami beritahu dari semasa ke semasa di papan kenyataan yang berada di
tingkat bawah.
Sekian, terima Kasih
Yang benar
…………………………………..
WAN AHMAD B. WAN CHIK
PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK
PANGSA DESA MEWAH (PPPDM)
Sunday, February 16, 2014
MEMO: Pintu Elektrik Pangsa Desa Mewah
21.11.2013 / Khamis / 9.00pm: Pihak persatuan telah mengunci kedua-dua pintu elektrik Pangsa Desa Mewah.
Tujuan pihak persatuan mengunci pintu-pintu tersebut adalah untuk mencegah kes kecurian fius elektrik kerana ada segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab suka menukar fius dengan mengambil fius rumah lain tanpa kebenaran dan ada juga yang membuat pengubahsuaian. Hal ini akan mengundang bahaya kepada kita semua.
Kepada penduduk disini jika ingin membuka pintu ini haruslah merujuk kepada ajk persatuan terlebih dahulu.
Terima kasih atas kerjasama anda...
"RUMAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"
Sunday, September 08, 2013
MEMO: Majlis Mesyuarat dan Aktiviti Gotong-Royong
Jawatankuasa Penduduk
Rumah Pangsa Desa
Mewah,
Semenyih, Selangor
http://pangsadesamewah.blogspot.com
MESYUARAT DAN GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH PANGSA DESA MEWAH
Ajk Jawatankuasa Penduduk Pangsa Desa Mewah mengalu-alukan
kehadiran semua pemilik dan penyewa Pangsa Desa Mewah untuk bersama-sama
menghadiri mesyuarat dan menjalankan aktiviti gotong-royong bagi membersih dan
mengindahkan persekitaran kawasan Pangsa Desa Mewah pada tahun ini, seperti
berikut:
Tarikh : 29-September-2013
(Ahad)
Masa: 8:30 Pagi
Aktiviti:
-
Mesyuarat
-
Sarapan
Pagi
-
Gotong-royong
-
Makan
tengahhari
Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan sekeluarga akan dapat
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di kalangan penduduk Pangsa Desa Mewah
dan sama-sama mendapat manfaat.
Sehubungan dengan ini, pihak kami juga
ingin mendapatkan kerjasama dari pihak tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan
minimum sebanyak RM 10.00 setiap unit rumah. Sumbangan ini adalah di perlukan
untuk membiayai kos makanan dan minuman sarapan pagi dan tengahhari serta
peralatan gotong-royong.
Sekiranya terdapat lebihan wang
sumbangan, wang tersebut akan di gunakan untuk aktiviti seterusnya yang akan di
rancang oleh pihak AJK Jawatankuasa Penduduk. Sebarang maklumat akan kami
beritahu dari semasa ke semasa di papan kenyataan yang berada di tingkat bawah.
Sebarang
pertanyaan, sila hubungi;
En. Saharil -
C-1-13A (013-3751599),
En. Wan Ahmad - C-2-1 (013-6659706), En. Nazuan - C-1-13 (011-11896214),
Pn. Emy Nurina - C-5-11 (017-4643440),
En. Shashi - C-1-7 (012-2978190), En. Abd Majid - C-1-15
(014-2236385), En. Khan Soo Har - C-2-12 (016-9653853), En.
Mohd Rosaihafin - C-1-3 (013-6331162)
Sekian,
terima Kasih
Yang benar
…………………………………..
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk
Pangsa Desa Mewah
Subscribe to:
Posts (Atom)