Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

AKTIVITI: Meletak Label Pada Setiap Lampu Koridor Pangsa Desa Mewah


01.02.2014 / Sabtu / 6.30pm: AJK PPPDM telah siap menyelesaikan tugas untuk meletakkan label pada setiap lampu koridor Pangsa Desa Mewah.



Tujuan meletakkan label pada setiap lampu koridor adalah untuk mengenal pasti bilangan lampu yang ada di koridor Pangsa Desa Mewah. Ini memudahkan pihak persatuan untuk merekod, memantau kerosakan dan kehilangan lampu-lampu tersebut.

Ini kerana ada pihak penduduk yang tidak bertanggungjawab telah mengambil atau menukar lampu rumah mereka yang rosak dengan mengambil lampu koridor tersebut. Pihak persatuan amat meminta kerjasama dari penduduk disini agar kita ubah sikap kita dengan saling sama menjaga harta dan kemudahan kita disini.

#Tetapi adalah diingatkan bahawa pihak persatuan tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan lampu di setiap koridor, ini adalah kerana pengurusan dan penyelenggaraan Pangsa Desa Mewah masih di bawah pihak maintenance IPC. Jadi segala aduan dan laporan hendaklah diajukan terus kepada pihak berkenaan.

(IPC Island Property Consultants): 03-8733 2355


"RUMAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"


Sunday, January 26, 2014

AKTIVITI: Rumah Kosong Terbengkalai dan Terbiar

18 Januari 2014 / Sabtu / 10.00am, AJK PPPDM telah mengunci rumah tersebut daripada terus terbiar menjadi tempat pembuangan sampah, sarang penagih dadah dan sarang maksiat.

keadaan rumah kosong


pihak ajk mengambil keputusan mengunci rumah tersebut bertujuan menjaga keselamatan dan ketenteraman penduduk di Pangsa Desa Mewah.




Di harap penduduk Pangsa Desa Mewah dapat memberikan kerjasama yang baik demi  kesejahteraan penduduk disini. TERIMA KASIH

"RUMAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"

Sunday, November 24, 2013

AKTIVITI: Menghias Papan Kenyataan

21 November 2013 / Khamis / 8.00pm, AJK PPPDM telah menghias, melengkapkan dan menambah baikpulih papan kenyataan Pangsa Desa Mewah.

SEBELUM
Papan Kenyataan Depan

SELEPAS
i) Papan Kenyataan Depan
ii) Papan Kenyataan Belakang

PENAMBAHAN: MEMO FRAME
SEBELUM
i) Memo Frame Depan
 ii) Memo Frame Belakang

SELEPAS


Sekiranya ada sebarang cadangan, aduan dan maklum balas, boleh dimasukkan ke dalam PETI CADANGANTerima kasih..

" BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAGA KEMUDAHAN KITA"

Sunday, October 06, 2013

AKTIVITI: Gotong Royong Pertama

29 September 2013 / Ahad / 8.40am, Aktiviti gotong-royong dan mesyuarat bersama penduduk Pangsa Desa Mewah telah berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kecacatan yang tidak dapat di elakkan. Aktiviti gotong-royong telah dimulakan pada 8:40 pagi dan berhenti sebentar untuk sarapan pagi dan sedikit ucapan kata aluan oleh Tuan Penaung dan Tuan Pengerusi AJK Persatuan Penduduk. Makanan dan minuman sarapan pagi adalah hasil sumbangan beberapa penduduk. Pihak AJK mengucapkan ribuan terima kasih hasil sumbangan tersebut.

Antara inti pati ucapan Tuan Penaung dan juga Tuan Pengerusi adalah tentang penjagaan kebersihan sekitar rumah, ketenteraman dan keselamatan jiran sekeliling dan juga pembayaran yuran penyelenggaraan bangunan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh pihak MPKj.

Pihak AJK juga turut menyediakan makanan tengah hari hasil kutipan sumbangan penduduk. Aktiviti gotong-royong telah tamat pada pukul 12:30 tengah hari.

Gambar-gambar yang sempat di rakam. 

  










"RUMAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"

Sunday, September 01, 2013

AKTIVITI: Menilai Kerosakan Harta Benda Di Sekitar Kawasan Pangsa Desa Mewah

25 August 2013 / Ahad / 12.00 pm, kesemua AJK telah melawat keseluruhan kawasan Pangsa Desa Mewah di samping untuk menilai kerosakkan harta benda di sekitar kawasan Pangsa Desa Mewah.












" BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAGA KEMUDAHAN KITA"

Followers