12 Januari 2014 / Ahad / 9.00pm, Mesyuarat Kedua AJK PPPDM telah diadakan. Antara isu yang dibincangkan didalam mesyuarat tersebut adalah isu berkaitan:
- Sekuriti - Isu berkaitan pembayaran sekuriti, pondok sekuriti serta pengurusan kawalan keselamatan.
- Perjumpaan penduduk - Berbincang mengenai perjumpaan penduduk yang akan diadakan dalam tempoh 3 bulan lagi. Masa dan tarikh akan ditetapkan kemudian.
- Sumber kewangan - Menyediakan surat untuk memohon sumbangan daripada Wakil Rakyat untuk membaik pulih & menaik taraf kawasan persekitaran Pangsa Desa Mewah seperti pondok pengawal, pagar, pembinaan setor peralatan, pembelian mesin rumput, meja & kerusi serta perkakasan pertukangan.
- Rumah kosong terbiar - Mengawal rumah kosong yang terbengkalai dan terbiar dengan menutup serta mengunci pintu rumah tersebut bagi mengelakkan rumah tersebut dimasukki oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan perkara yang tidak elok seperti sarang maksiat, sarang penagihan dadah serta tempat pembuangan sampah.
- Perlantikan ajk baharu seperti biro keselamatan, biro penyelengaraan & kebersihan, biro sukan & reakreasi, biro kebajikan & wakil wanita serta biro makanan I , biro makanan II.
"BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH"
No comments:
Post a Comment