Sunday, January 26, 2014
AKTIVITI: Rumah Kosong Terbengkalai dan Terbiar
18 Januari 2014 / Sabtu / 10.00am, AJK PPPDM telah mengunci rumah tersebut daripada terus terbiar menjadi tempat pembuangan sampah, sarang penagih dadah dan sarang maksiat.
keadaan rumah kosong
pihak ajk mengambil keputusan mengunci rumah tersebut bertujuan menjaga keselamatan dan ketenteraman penduduk di Pangsa Desa Mewah.
Di harap penduduk Pangsa Desa Mewah dapat memberikan kerjasama yang baik demi kesejahteraan penduduk disini. TERIMA KASIH
"RUMAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"
Sunday, January 19, 2014
MESYUARAT: Mesyuarat Kedua AJK Persatuan Penduduk Pangsa Desa Mewah (PPPDM)
12 Januari 2014 / Ahad / 9.00pm, Mesyuarat Kedua AJK PPPDM telah diadakan. Antara isu yang dibincangkan didalam mesyuarat tersebut adalah isu berkaitan:
- Sekuriti - Isu berkaitan pembayaran sekuriti, pondok sekuriti serta pengurusan kawalan keselamatan.
- Perjumpaan penduduk - Berbincang mengenai perjumpaan penduduk yang akan diadakan dalam tempoh 3 bulan lagi. Masa dan tarikh akan ditetapkan kemudian.
- Sumber kewangan - Menyediakan surat untuk memohon sumbangan daripada Wakil Rakyat untuk membaik pulih & menaik taraf kawasan persekitaran Pangsa Desa Mewah seperti pondok pengawal, pagar, pembinaan setor peralatan, pembelian mesin rumput, meja & kerusi serta perkakasan pertukangan.
- Rumah kosong terbiar - Mengawal rumah kosong yang terbengkalai dan terbiar dengan menutup serta mengunci pintu rumah tersebut bagi mengelakkan rumah tersebut dimasukki oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan perkara yang tidak elok seperti sarang maksiat, sarang penagihan dadah serta tempat pembuangan sampah.
- Perlantikan ajk baharu seperti biro keselamatan, biro penyelengaraan & kebersihan, biro sukan & reakreasi, biro kebajikan & wakil wanita serta biro makanan I , biro makanan II.
"BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH"
Sunday, January 12, 2014
DANA: PENYATA AKAUN PPPDM | JANUARI 2014
Wang digunakan untuk jamuan ketika perjumpaan penduduk Pangsa Desa Mewah pada 4 januari 2014.
BUTIRAN
|
BARANG
|
MASUK
|
KELUAR
|
Jumlah Baki Sebelum Aktiviti pada
04.01.2014
|
RM 288.80
|
||
Barang Basah
|
Eka Bihun 3kg
|
10.60
|
|
Bawang Merah
|
1.37
|
||
Mee Kuning (7bungkus)
|
6.93
|
||
Chicken Keel
|
40.31
|
||
Bawang Putih
|
0.43
|
||
Kacang Tanah, bawang goring, cili
padi, taugeh, daun sup, sirap rose, serai dll..
|
37.15
|
||
Barang Kering
|
Lipton tea
|
4.60
|
|
Gula 2kg
|
5.68
|
||
Minyak Masak 1kg
|
2.50
|
||
Soh Hoon
|
1.53
|
||
Adabi
perencah Sup 250g
|
4.15
|
||
Adabi kari kurma 250g
|
4.20
|
||
Meriah
rempah campuran 35g
|
1.80
|
||
Ajinamoto 150g
|
3.40
|
||
Kicap manis kipas udang 645ml
|
8.95
|
||
Alatan
Makanan
|
Cawan Plastik (4bungkus)
|
6.40
|
|
JUMLAH WANG KELUAR
|
RM
140
|
||
JUMLAH BAKI
TERKINI
|
RM 148.80
|
# Jumlah baki tersebut akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti akan datang.
Sunday, January 05, 2014
MESYUARAT: Perjumpaan Penduduk Pangsa Desa Mewah
4 Januari 2014 / Sabtu / 9.00pm, telah diadakan perjumpaan dengan penduduk Pangsa Desa Mewah.
Perjumpaan penduduk pada kali ini membincangkan isu berkaitan maintanance (IPC) , masalah penduduk dan juga isu bayaran kawalan keselamatan di Pangsa Desa Mewah.
Selain itu, penduduk sebulat suara setuju melantik EN ISMAIL sebagai setiausaha yang baharu bagi menggantikan setiausaha lama.
Gambar-gambar semasa perjumpaan.
TERIMA KASIH kepada semua penduduk Pangsa Desa Mewah yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa perjumpaan diadakan..
"BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH"
Subscribe to:
Posts (Atom)