Sunday, March 02, 2014
Sunday, February 23, 2014
MEMO: Aktiviti Gotong-Royong Kali Ke-2
AKTIVITI GOTONG-ROYONG KALI KE-2
MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH PANGSA DESA MEWAH
Ajk Jawatankuasa
Penduduk Pangsa Desa Mewah mengalu-alukan kehadiran semua pemilik dan penyewa
Pangsa Desa Mewah untuk bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong kali
ke-2 bagi membersih dan mengindahkan persekitaran kawasan Pangsa Desa Mewah
pada tahun ini, seperti berikut:
Tarikh : 23-Mac-2014 (Ahad)
Masa: 8:30
Pagi
Aktiviti:
·
Gotong-royong
·
Makan tengahhari
Semoga dengan
kehadiran Tuan/Puan sekeluarga akan dapat mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan di kalangan penduduk Pangsa Desa Mewah dan sama-sama mendapat
manfaat.
Sehubungan dengan
ini, pihak kami juga ingin mendapatkan kerjasama dari pihak tuan/puan untuk
menghulurkan sumbangan minimum sebanyak
RM 10.00 setiap unit rumah. Sumbangan ini adalah di perlukan untuk
membiayai kos makan tengahari serta peralatan gotong-royong. Pihak
ajk akan memulakan kutipan pada tarikh 23.02.2014 hingga ke tarikh aktiviti
tersebut.
Sekiranya terdapat
lebihan wang sumbangan, wang tersebut akan di gunakan untuk aktiviti seterusnya
yang akan di rancang oleh pihak AJK Jawatankuasa Penduduk. Sebarang maklumat
akan kami beritahu dari semasa ke semasa di papan kenyataan yang berada di
tingkat bawah.
Sekian, terima Kasih
Yang benar
…………………………………..
WAN AHMAD B. WAN CHIK
PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK
PANGSA DESA MEWAH (PPPDM)
MAKLUMAT: Matlamat Penubuhan Persatuan Penduduk Pangsa Desa Mewah (PPPDM)
25 August 2013 / Ahad, adalah tarikh bermulanya aktiviti Persatuan Penduduk Pangsa Desa Mewah (PPPDM) KLIK SINI.
Matlamat penubuhan Persatuan Penduduk Pangsa Desa Mewah (PPPDM) adalah bertujuan untuk menubuhkan JMB (Joint Management Building) @ Badan Pengurusan Bersama.
Apa itu JMB?
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. PKNS sebagai pemaju akan menubuhkan JMB di Apartmen/Pangsapuri/Rumah Pangsa Kediaman Tuan/Puan.
SOALAN 1: Apakah Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
JAWAPAN 1: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.
SOALAN 2: Kenapa perlunya JMB?
JAWAPAN 2: Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan Pemaju untuk menubuhkannya sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.
SOALAN 3: Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
JAWAPAN 3: Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.
SOALAN 4: Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
JAWAPAN 4: Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.
SOALAN 5: Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
JAWAPAN 5: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC ialah Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.
SOALAN 6: Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
JAWAPAN 6: Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.
SOALAN 7: Bagaimana Ahli JMC dipilih?
JAWAPAN 7: Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.
SOALAN 8: Siapakah yang layak mengundi?
JAWAPAN 8: Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.
SOALAN 9: Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
JAWAPAN 9: Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.
SOALAN 10: Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
JAWAPAN 10: Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
SOALAN 11: Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
JAWAPAN 11: Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.
SOALAN 12: Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
JAWAPAN 12: Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.
SOALAN 13: Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
JAWAPAN 13: Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.
SOALAN 14: Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
JAWAPAN 14: Jika selepas 1 jam tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Persiaran Barat, Off Jalan Barat
46505 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7957 5066/7957 4144 • Faks: 03-7957 5250/7594 5271
E-mel: general@pkns.gov.my
Laman Web: www.pkns.gov.my
Tujuan pihak persatuan ingin menubuhkan JMB adalah untuk mengambil alih sistem pengurusan & penyenggaraan yang kini masih dibawah naungan IPC Island Consultants Sdn Bhd. Ini kerana pihak berkenaan mengenakan cas bayaran bulanan yang amat tinggi pada penduduk disini. KLIK SINI
Dalam pada masa yang sama juga adalah untuk mengatasi masalah-masalah sosial yang berlaku di Pangsa Desa Mewah ini. KLIK SINI
Oleh itu, Pihak persatuan ingin membantu dan menaikkan taraf kualiti hidup penduduk disini dengan mengharapkan kerjasama dan sokongan yang kuat daripada penduduk disini. Ini kerana apa yang kami lakukan adalah untuk kebaikan kita bersama dan tidak mendapat bayaran pun dari hasil kerja yang dijalankan.Kami amat mengharapkan sumbangan wang ataupun tenaga yang amat kami perlukan untuk membangunkan tujuan ini..
Akhir kata, Pihak persatuan menyeru marilah sama-sama kita buka minda dan marilah sama-sama kita usaha untuk menaikkan taraf kualiti hidup kita di Pangsa Desa Mewah ini.
"RUMAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"
MESYUARAT: Mesyuarat Ketiga AJK Persatuan Penduduk Pangsa Desa Mewah
16 Februari 2014 / Ahad / 9.00pm, Mesyuarat Ketiga AJK PPPDM telah diadakan. Antara isu yang dibincangkan didalam mesyuarat tersebut adalah isu berkaitan:
- Masalah Penduduk - Membuat bising yang keterlaluan dan mengganggu ketenteraman penduduk, terdapat segelintir penduduk yang membuang sampah di dalam longkang dan merata-rata tempat.
- Masalah Khinzir - Beberapa ekor khinzir yang terlihat oleh penduduk berkeliaran di kawasan Pangsa Desa Mewah.
- Sekuriti - Mencadangkan melantik sekuriti sendiri (Mengambil pengawal yang dilantik oleh pihak persatuan)
- Aktiviti Gotong Royong - Mengadakan aktiviti gotong royong kali ke-2 pada 23 Mac 2014 bersamaan hari Ahad pada jam 8.30am, Mengutip sumbangan kewangan dari penduduk untuk menjayakan aktiviti tersebut, Memgutamakan untuk membersihkan longkang besar yang disyaki tersumbat.
"BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH"
DANA: PENYATA AKAUN PPPDM | FEBRUARI 2014
BUTIRAN
|
BARANG
|
MASUK
|
KELUAR
|
Jumlah Baki Selepas Aktiviti Perjumpaan
Penduduk pada 04.01.2014
|
RM 148.80
|
||
Aktiviti Mengunci Rumah Terbiar
& Terbengkalai (C-3A-1) & (C-5-2) atas tujuan keselamatan pada
18.01.2014
|
2 Biji Solex, 1 Rantai & Paku
kayu
|
RM 41.00
|
|
2 Selak Pintu
|
RM 7.00
|
||
9 Selak Tingkap
|
RM 4.00
|
||
Aktiviti Membaikpulih Setiap Lampu
Koridor di Tingkat Bawah & Kawasan Tangga Sahaja pada 15.02.2014
|
5 Philips Tube
|
RM 29.10
|
|
6 Choke
|
RM 47.40
|
||
3 Starter
|
RM 3.90
|
||
, 1 Casing Holder
|
RM 0.90
|
||
JUMLAH WANG KELUAR
|
RM
133.30
|
||
JUMLAH BAKI
TERKINI
|
RM 15.50
|
#Jumlah baki tersebut akan
digunakan untuk aktiviti-aktiviti akan datang.
SURAT: Surat Penyerahan Cekap Kepada IPC
1 Julai 2013, Isnin, adalah tarikh rasmi dimana penyerahan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan rumah Pangsa Kos Rendah Taman Desa Mewah dari Cekap Corporation Berhad (Pemaju) kepada IPC Island Property Consultants Sdn Bhd.
SURAT: CEKAP Corporation Sdn Bhd (Hak Milik Strata)
21 Jun 2013 / Jumaat, Pihak dari Cekap Corporation Sdn Bhd telah menghantar surat ke setiap penduduk Pangsa Desa Mewah.
# Sebagai sumber rujukan kepada pemilik rumah yang tidak dapat surat ini.
Sunday, February 16, 2014
NOTIS: Musim Nyamuk Aedes Melanda!
11.02.2014 / Selasa / 9.00pm: Pihak persatuan telah mengeluarkan notis amaran kepada penduduk disini supaya berjaga-jaga akan serangan nyamuk demam berdarah (AEDES) pada bulan ini.
Ini kerana terdapat kes-kes serangan nyamuk iaitu kes denggi yang menjadi-jadi terutamanya di kawasan semenyih KLIK SINI
Jesteru itu, Pihak persatuan menyarankan agar kita sebagai penduduk disini memastikan kawasan kita bersih dan bebas dari nyamuk demam berdarah (AEDES).
Hapuskan pembiakan jentik-jentik.
"MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"
MEMO: Pintu Elektrik Pangsa Desa Mewah
21.11.2013 / Khamis / 9.00pm: Pihak persatuan telah mengunci kedua-dua pintu elektrik Pangsa Desa Mewah.
Tujuan pihak persatuan mengunci pintu-pintu tersebut adalah untuk mencegah kes kecurian fius elektrik kerana ada segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab suka menukar fius dengan mengambil fius rumah lain tanpa kebenaran dan ada juga yang membuat pengubahsuaian. Hal ini akan mengundang bahaya kepada kita semua.
Kepada penduduk disini jika ingin membuka pintu ini haruslah merujuk kepada ajk persatuan terlebih dahulu.
Terima kasih atas kerjasama anda...
"RUMAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"
MESYUARAT: Mesyuarat Bersama Pihak Rukun Tetangga Desa Mewah (RTDM)
08.02.2014 / Sabtu / 9.00pm: AJK PPPDM telah berjumpa dengan pihak Rukun Tetangga Desa Mewah (RTDM) yang dihadiri oleh pengerusi RTDM iaitu En.Norman dan bersama ajk-ajk RTDM.
Antara isu-isu yang dibincangkan adalah berkaitan:
1. Pertubuhan Persatuan Penduduk Pangsa Desa Mewah (PPPDM)
2. Masalah sosial yang berlaku di Pangsa Desa Mewah.
3. Kawalan Keselamatan Desa Mewah
4. Nasihat dan pandangan tentang pertubuhan Persatuan Penduduk Pangsa Desa Mewah (PPPDM)
" BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH "
SEMASA: Gejala Vandalisme di Pangsa Desa Mewah
08.02.2014 / Sabtu / 3.00pm: AJK PPPDM amat merasa kecewa dan malu akan sikap penduduk disini yang masih lagi bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak keperihatinan terhadap kawasan keliling kita.
Seperti yang telah diutarakan jika ada sebarang pendapat, aduan dan cadangan bolehlah disuratkan ke dalam peti cadangan yang telah disediakan di sebelah papan kenyataan depan di tingkat bawah. KLIK SINI
Pihak Persatuan menyeru agar kita penduduk disini haruslah saling memupuk sikap hormat menghormati, sikap bertanggungjawab, sikap bermasyarakat dan sikap saling bantu membantu kerana kita hidup dalam pelbagai kaum disini. Hiduplah dalam perpaduan. Ini adalah kerana kita dibawah satu bumbung dan kita adalah satu keluarga besar.
"BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH"
AKTIVITI: Meletak Label Pada Setiap Lampu Koridor Pangsa Desa Mewah
01.02.2014 / Sabtu / 6.30pm: AJK PPPDM telah siap menyelesaikan tugas untuk meletakkan label pada setiap lampu koridor Pangsa Desa Mewah.
Tujuan meletakkan label pada setiap lampu koridor adalah untuk mengenal pasti bilangan lampu yang ada di koridor Pangsa Desa Mewah. Ini memudahkan pihak persatuan untuk merekod, memantau kerosakan dan kehilangan lampu-lampu tersebut.
Ini kerana ada pihak penduduk yang tidak bertanggungjawab telah mengambil atau menukar lampu rumah mereka yang rosak dengan mengambil lampu koridor tersebut. Pihak persatuan amat meminta kerjasama dari penduduk disini agar kita ubah sikap kita dengan saling sama menjaga harta dan kemudahan kita disini.
#Tetapi adalah diingatkan bahawa pihak persatuan tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan lampu di setiap koridor, ini adalah kerana pengurusan dan penyelenggaraan Pangsa Desa Mewah masih di bawah pihak maintenance IPC. Jadi segala aduan dan laporan hendaklah diajukan terus kepada pihak berkenaan.
(IPC
Island Property Consultants): 03-8733 2355
"RUMAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"
BORANG: Maklumat Peribadi Penghuni Rumah Pangsa Desa Mewah
01.12.2013 / Ahad / 9.00pm: Pihak Persatuan telah mengeluarkan borang "Maklumat Peribadi Penghuni Rumah Pangsa Desa Mewah" untuk diisikan oleh penduduk disini.
Tujuan borang ini dikeluarkan adalah sebagai langkah keselamatan penduduk yang menghuni disini.
MAKLUMAT PERIBADI PENGHUNI RUMAH PANGSA
DESA MEWAH
|
No Rumah:
|
Status: Pemilik / Penyewa
*bulatkan
|
|||||
Nama Pemilik:
|
No Telefon
Pemilik:
|
|||||
Nama Penyewa:
|
No Telefon
Penyewa:
|
|||||
Bil. Penghuni
|
Nama
|
Umur pada
2014
|
Hubungan
|
|||
MAKLUMAT
KENDERAAN
|
||||||
Kereta/Van/Lori
|
Motosikal
|
|||||
Model
|
No Pendaftaran
|
Model
|
No Pendaftaran
|
|||
·
Sila
Isikan nama seperti yang tertera dalam
Kad Pengenalan @ passport.
·
Sila
beri kerjasama dan pastikan maklumat yang di isi adalah benar.
Maklumat
ini adalah sebagai langkah keselamatan bersama.
Namun, masih ramai lagi penduduk disini yang tidak mengisi borang tersebut. Pihak persatuan menyeru agar penduduk disini dapat memberikan kerjasama yang baik dengan mengisi borang tersebut.
Borang ini boleh didapati dengan menghubungi atau berjumpa dengan pihak Persatuan Penduduk Pangsa Desa Mewah.
"
Subscribe to:
Posts (Atom)