25 August 2013 / Ahad / 11.00 am, Mesyuarat kali pertama telah berlangsung dan di hadiri hampir kesemua AJK. Dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk termasuk penyelenggaraan yang tidak memuaskan oleh kontraktor yang dilantik.
Pihak AJK juga telah sebulat suara melantik AJK Saudara MOHD ROSAIHAFIN sebagai Bendahari.
AJK juga telah memilih 29.09.2013 sebagai hari perjumpaan dengan kesemua penduduk Pangsa Desa Mewah dan seterusnya melakukan aktiviti gotong-royong untuk mengindahkan kawasan persekitaran Pangsa Desa Mewah serta mengeratkan tali persaudaraan sesama penduduk.
"BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH"
No comments:
Post a Comment