Sunday, September 08, 2013

MEMO: Majlis Mesyuarat dan Aktiviti Gotong-Royong



Jawatankuasa Penduduk
Rumah Pangsa  Desa Mewah,
Semenyih, Selangor
http://pangsadesamewah.blogspot.com

MESYUARAT DAN GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH PANGSA DESA MEWAH


Ajk Jawatankuasa Penduduk Pangsa Desa Mewah mengalu-alukan kehadiran semua pemilik dan penyewa Pangsa Desa Mewah untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat dan menjalankan aktiviti gotong-royong bagi membersih dan mengindahkan persekitaran kawasan Pangsa Desa Mewah pada tahun ini, seperti berikut:

            Tarikh :            29-September-2013 (Ahad)
            Masa:             8:30 Pagi
            Aktiviti:           
-          Mesyuarat
-          Sarapan Pagi
-          Gotong-royong
-          Makan tengahhari

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan sekeluarga akan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di kalangan penduduk Pangsa Desa Mewah dan sama-sama mendapat manfaat.

Sehubungan dengan ini, pihak kami juga ingin mendapatkan kerjasama dari pihak tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan minimum sebanyak RM 10.00 setiap unit rumah. Sumbangan ini adalah di perlukan untuk membiayai kos makanan dan minuman sarapan pagi dan tengahhari serta peralatan gotong-royong.
Sekiranya terdapat lebihan wang sumbangan, wang tersebut akan di gunakan untuk aktiviti seterusnya yang akan di rancang oleh pihak AJK Jawatankuasa Penduduk. Sebarang maklumat akan kami beritahu dari semasa ke semasa di papan kenyataan yang berada di tingkat bawah.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi;
En. Saharil - C-1-13A (013-3751599), En. Wan Ahmad - C-2-1 (013-6659706), En. Nazuan - C-1-13 (011-11896214), Pn.  Emy Nurina - C-5-11 (017-4643440), En. Shashi - C-1-7 (012-2978190), En. Abd Majid - C-1-15 (014-2236385), En. Khan Soo Har - C-2-12 (016-9653853), En. Mohd Rosaihafin - C-1-3 (013-6331162)

Sekian, terima Kasih

Yang benar

…………………………………..
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk
Pangsa Desa Mewah

No comments:

Post a Comment

Followers